Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin akan alam sekitar, kita perlu mencintai alam sekitar. Pelbagai usaha diambil bagi mengekalkan kehijauan bumi. Adakah wajar dengan cara kita menghentikan pembangunan dapat mengekalkan kehijauan bumi kita? Patutkah kita menutup industri-industri berat sedia yang menyumbang kepada pembebasan karbon dioksida secara berleluasa? Wajarkah kerajaan pada hari ini menghentikan pengeluaran motosikal 2 lejang seperti Yamaha RXZ, 125ZR, Kawasaki RR bagi mengurangkan pencemaran udara ?
Mari sama-sama kita menghayati apakah itu lestari? Menurut kamus Dewan Edisi keempat lestari ialah tidak berubah-ubah, kekal dan tetap. Pembangunan lestari pula ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan pada masa depan(Brundland Report 1987). Jelasnya, sebagai generasi sekarang yang menikmati kesenangan di bumi Malaysia di samping melakukan pelbagai pembangunan wajib menjaga alam sekitar daripada pelbagai jenis pencemaran agar generasi pada akan datang dapat berkongsi kenikmatan di bumi Malaysia yang penuh berkah ni.Antara jenis-jenis pencemaran ialah
| Pencemaran Air |
![]() |
| Pencemaran Udara |
Terdapat pelbagai sebab mengapa kenderaan mengeluarkan asap secara berlebihan antaranya kenderaan tidak diselenggara dengan betul. Jangan biarkan kerosakan yang sedikit ditangguh sehingga mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.
Antara contoh produk yang mesra alam dan meningkatkan penjimatan petrol kenderaan anda



